#MMRupa - Honda City Generasi Baharu



Awas Toyota Vios! Model Honda City generasi baharu telah membuat kemunculan pertama di India semalam. Generasi keempat City kini tampil dengan rekaan yang lebih bergaya, lebih besar berbanding model sebelumnya, tapak roda lebih panjang dan untuk pasaran India, Honda menawarkan pilihan enjin 1.5L i-DTEC turbodiesel selain enjin 1.5L i-VTEC petrol yang dipertingkatkan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan model City ini rekaannya lebih menyerlah daripada Honda Civic. Rekaan luarannya lebih kemas dengan implementasi gaya “EXCITING H DESIGN” yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada model Honda Jazz generasi baharu. Rekaan dalamannya turut menyerlah dengan “Layered Floating Cockpit” untuk papan pemukanya dengan ciri-ciri lain seperti corong penghawa dingin belakang, 8 pembesar suara dengan sambungan USB/Bluetooth/Aux-in/iPod,cruise control, kunci pintar dan bumbung suria.

Bilakah Honda Malaysia akan melancarkan model ini yang pastinya bakal memberi saingan hebat kepada Toyota Vios dan Nissan Almera yang kini mendominasi pasaran sedan segmen B (bukan tempatan). Nantikan kemunculannya!

Sumber :

0 comments:

Post a Comment

#MMRupa - Spyshots Model gantian Proton Perdana/Accord Ditemui



Ini merupakan spyshots pertama model gantian Proton Perdana/Accord yang telah dimuatnaik di laman web paultan.org sebentar tadi. Model gantian Proton Perdana/Accord telah berjaya ditemui di R&R Gombak oleh Khai RULE Cultus. Model ini buat permulaan hanya untuk kereta rasmi pegawai kerajaan dan bakal menggantikan model Perdana dan Inspira.

Model Proton Perdana/Accord akan mempunyai 2 fasa, fasa yang pertama sebagai kereta rasmi kerajaan dikatakan bakal dikeluarkan penghujung tahun ini dan 2 tahun selepas itu akan ada model untuk pasaran tempatan yang berkemungkinan besar akan menggunakan platform sedia ada dengan rekaan yang berbeza. Jika diperhatikan spyshots ini, jelas kelihatan logo Proton di steering dan ada beberapa tampalan camo dibahagian gril, bumper hadapan dan belakang.

Setakat ini belum ada apa-apa info selanjutnya dan yang terkini saya mendapat tahu model GSC telah mula menjalani ujian jalan raya. Jadi kalau ada yang terserempak dengan kereta bersaiz Myvi dan berkoyok, mungkin itulah GSC. Kalau sempat tangkap gambar email la kepada saya ye.









0 comments:

Post a Comment

#Rupa - Spyshot Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) Sedang Jalani Ujian di Eropah



Akhirnya yang dinanti-nantikan telah pun muncul! Inilah foto spyshots pertama Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) yang sedang menjalani ujian di Eropah. Menurut sumber, laman web paultan.org, foto ini telah dirakam oleh spy mereka yang berada di Eropah. Model ini dikatakan sedang diuji oleh vendor Proton. Dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model yang akan dilancarkan pada suku pertama 2014 pastinya dinanti-nantikan.

GSC akan mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3l IAFM+ dan 1.6l Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan manual 5-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut. Model ini juga dikatakan yang pertama menggunakan EPS (Electronic Power Steering) selain mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi menyamai Suprima S dengan 6 beg udara dan lain-lain. Mungkin juga model ini akan mendapat penarafan 5 bintang ANCAP seperti Suprima S.



Dikatakan gaya rekaan model ini mempunyai elemen rekaan Lotus City Car (gambar di atas) dengan beberapa perubahan yang kita dapat lihat seperti cermin sisi yang diletakkan pada pintu hadapan (ala Ford Fiesta) dan lampu belakang menegak, seperti VW Up. Bahagian dalamannya dikatakan mempunyai rekaan yang lebih ranggi, sesuai dengan kereta bersaiz kecil. Model ini akan dipasang di Tanjung Malim dan kini proses penyediaan pemasangan dan beberapa model prototaip telah pun dipasang untuk diuji.

Nantikan spyshots seterusnya nanti!





0 comments:

Post a Comment

#Rupa - Tanam Sayur Bawah Tanah


KEMAJUAN tak harus melupakan sejarah. Walaupun terkenal sebagai negara dengan kemajuan teknologi yang sangat pesat, namun Jepun tidak melupakan sektor pertanian yang menjadi sumber penghidupan nenek moyang mereka.

Seboleh mungkin, penduduk Jepun cuba memajukan pertanian . Tentunya disesuaikan dengan keadaan terkini, sehingga pertanian yang mereka kembangkan, begitu pesat teknologi. Di bandar besar seperti Tokyo sebagai ibukota Jepun, penduduknya masih berusaha mempertahankan sektor pertanian . Lantas, di mana mereka menanam padi dan sayur-sayuran, kalau tanah di Tokyo sudah sangat terhad kerana sudah dipenuhi oleh deretan bangunan pencakar langit yang memancarkan bandar metropolis?





Keterbatasantan tanah dan ruang bukan alasan untuk tidak membangunkan pertanian . Adalah memjadi kewajipan sebuah Kumpulan yang cuba mengembangkan sawah dan kebun di ruangan bawah tanah, tempatnya di basement Gedung Nomura yang 27 tingkat di Otemachi, kawasan business district di Tokyo.

Di laman Food Urbanism, disebutkan, Kumpulan Pasona menukar tanah seluas 3,000 m2 menjadi sawah dan kebun yang dinamakan Pasona02. Ada 100 jenis tanaman termasuk padi, buah, sayur, bunga, dan rempah yang ditanam di Pasona02.


Tempat yang dulunya tempat penyimpanan peti besi bank ini, diubah suai menjadi pertanian yang subur. Padi-padi menguning denganpadi-padinya yang penuh berisi.

Walaupun tidak dirancang sebagai tempat pelancongan, namun kerana keunikannya tempat ini dikunjungi banyak pelancong. Tanpa sinar matahari, padi, strawberi, tomato, dan sayur -sayuran boleh tumbuh subur.

Sumber : DiariShare


0 comments:

Post a Comment

#Rupa - Lombong Garam Bawah Tanah Berusia 5 Ribu Tahun


Dilihat dari permukaan memang tidak ada yang istimewa tentang bandar berbukit di sekitar bandar Cankiri di Turki. Namun 1,300 kaki di bawah tanah ada lombong garam yang menakjubkan yang pertama kali digali oleh manusia primitif sekitar 5,000 tahun yang lalu.

Percaya atau tidak, ada sebuah lombong garam yang terletak di Turki yang berusia 5,000 tahun dan masih digunakan sehingga sekarang?

Walaupun usia lombong garam ini sudah sangat tua, tetapi lombong garam ini masih digunakan hingga ke hari ini dan menghasilkan lebih dari 500 tan garam setiap tahunnya.

Menurut sebuah kaji selidik 1971-1979 masih ada lebih dari 1 bilion tan bijih yang tersisa di lombong ini, yang diekstrak menggunakan mesin dan letupan bawah tanah. Foto-foto ini diambil oleh Melih sular, ia dipandu oleh Murat Danaci sebagai sebahagian daripada pertandingan fotografi National Geographic.

"Ketika saya pertama kali memasuki gua garam, aku merasa takut. Saya berfikir, apa yang terjadi jika gua ini runtuh?" kata Melih.

"Gua yang sangat sejuk kerana usianya yang sangat tua. Semua dinding yang diperbuat daripada batu garam dan tekstur yang berbeza-beza kerana mesin penggali yang digunakan. Saya belum pernah melihat sesuatu seperti ini sebelumnya." tambah Melih.

Yang paling menonjol dari bahagian gua ini ini yaitu galeri tua, yang digali oleh orang Het. Ini sangat menarik kerana orang Het menggali galeri ini menggunakan tangan dengan alat-alat sederhana mereka sendiri, tidak seperti kaedah hari ini.






Sumber : DiariShare

0 comments:

Post a Comment

#Rupa - Masjid Pertama Direka Bentuk Oleh Wanita

Jangan terkejut jika anda melihat reka bentuk dalaman dan luaran masjid ini sebenarnya telah diilhamkan oleh seorang pereka intertior terkenal di peringkat antarabangsa. Apa yang lebih menariknya, pereka ini bukanlah seorang lelaki, tetapi seorang wanita. Rekaannya tidak ubah seperti sebuah mahligai mewah. Namun membina masjid bukanlah semata-mata untuk tampak cantik, tetapi biarlah ia penuh diisi dengan para jemaah.


Zeynep Fadillioglu, interior designer terkenal di peringkat antarabangsa, adalah wanita pertama yang pernah mereka bentuk sebuah masjid di Turki. Terletak di Istanbul, Masjid Sakirin adalah benar-benar cantik. Ia mempunyai keseimbangan yang sempurna antara masa lalu dan masa kini, di antara timur dan barat, terutama lampu yang begitu indah sekali ‘ Fadillioglu’ .Seorang wanita boleh menawarkan pengalaman yang berbeza dan lebih estetika menyenangkan:

“Saya mengambil berat tentang sebelah aesthetical, saya mengambil berat lebih lanjut mengenai orang ramai, saya cuba untuk memberikan tempat yang akan benar-benar mendekatkan manusia dengan Tuhan, bukannya mewujudkan simbol.”katanya..















Sumber Amekaw

0 comments:

Post a Comment