#MMRupa - Honda City Generasi Baharu



Awas Toyota Vios! Model Honda City generasi baharu telah membuat kemunculan pertama di India semalam. Generasi keempat City kini tampil dengan rekaan yang lebih bergaya, lebih besar berbanding model sebelumnya, tapak roda lebih panjang dan untuk pasaran India, Honda menawarkan pilihan enjin 1.5L i-DTEC turbodiesel selain enjin 1.5L i-VTEC petrol yang dipertingkatkan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan model City ini rekaannya lebih menyerlah daripada Honda Civic. Rekaan luarannya lebih kemas dengan implementasi gaya “EXCITING H DESIGN” yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada model Honda Jazz generasi baharu. Rekaan dalamannya turut menyerlah dengan “Layered Floating Cockpit” untuk papan pemukanya dengan ciri-ciri lain seperti corong penghawa dingin belakang, 8 pembesar suara dengan sambungan USB/Bluetooth/Aux-in/iPod,cruise control, kunci pintar dan bumbung suria.

Bilakah Honda Malaysia akan melancarkan model ini yang pastinya bakal memberi saingan hebat kepada Toyota Vios dan Nissan Almera yang kini mendominasi pasaran sedan segmen B (bukan tempatan). Nantikan kemunculannya!

Sumber :

0 comments:

Post a Comment