#Rupa - Lombong Garam Bawah Tanah Berusia 5 Ribu Tahun
Percaya atau tidak, ada sebuah lombong garam yang terletak di Turki yang berusia 5,000 tahun dan masih digunakan sehingga sekarang?
Walaupun usia lombong garam ini sudah sangat tua, tetapi lombong garam ini masih digunakan hingga ke hari ini dan menghasilkan lebih dari 500 tan garam setiap tahunnya.
Menurut sebuah kaji selidik 1971-1979 masih ada lebih dari 1 bilion tan bijih yang tersisa di lombong ini, yang diekstrak menggunakan mesin dan letupan bawah tanah. Foto-foto ini diambil oleh Melih sular, ia dipandu oleh Murat Danaci sebagai sebahagian daripada pertandingan fotografi National Geographic.
"Ketika saya pertama kali memasuki gua garam, aku merasa takut. Saya berfikir, apa yang terjadi jika gua ini runtuh?" kata Melih.
"Gua yang sangat sejuk kerana usianya yang sangat tua. Semua dinding yang diperbuat daripada batu garam dan tekstur yang berbeza-beza kerana mesin penggali yang digunakan. Saya belum pernah melihat sesuatu seperti ini sebelumnya." tambah Melih.
Yang paling menonjol dari bahagian gua ini ini yaitu galeri tua, yang digali oleh orang Het. Ini sangat menarik kerana orang Het menggali galeri ini menggunakan tangan dengan alat-alat sederhana mereka sendiri, tidak seperti kaedah hari ini.
Sumber : DiariShare
0 comments:
Post a Comment