#MMTips - Menghubungkan Akaun Tabung Haji di ATM Maybank


Salam.

Maybank ada menyediakan kemudahan untuk masuk dan keluar duit ke akaun Tabung Haji melalui 2 cara – (1) maybank2u dan (2) mesin ATM.

Dalam pos ni saya nak kongsi cara berurusan akaun Tabung Haji guna mesin ATM Maybank. Sebelum tu, seseorang mestilah mempunyai:

1. Akaun simpanan dan kad ATM Maybank

2. Akaun dan buku simpanan Tabung Haji

Kemudian, kita mesti 'link' kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank kita. Cara-cara nya adalah seperti berikut:

1. Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masuk kan kad ATM dan password macam biasa.

2. Bila dah masuk menu utama, pilih sub-menu TABUNG HAJI (refer gambar bawah)


3. Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (rujuk gambar di bawah)


4. Nanti keluar skrin yang mintak anda masukkan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (rujuk gambar di bawah)


5. Skrin yang seterusnya akan minta anda masuk kan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.

Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank....termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda. Anda juga boleh menghubungkan akaun Tabung Haji anak-anak juga dengan memasukkan no kad pengenalan anak-anak anda semasa pendaftaran di ATM itu.

Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji.

Semoga tutorial ini bermanfaat. Thanks.

0 comments:

Post a Comment