#Info - Peraduan "2013 AirAsia High 5 Bonus Khas" Adalah Satu Penipuan



KUALA LUMPUR: Kebelakangan ini, pengguna internet kerap dihujani dengan pelbagai mesej e-mel yang mendakwa mereka telah memenangi sebuah peraduan loteri yang kononnya dianjurkan oleh syarikat penerbangan seperti Air Asia dan juga Firefly.

Dalam setiap e-mel yang diterima oleh pengguna itu menyatakan bahawa mereka telah memenangi peraduan loteri seperti “2013 AirAsia High 5 Bonus Khas” dan juga “September 2013 Big Apple Program Promosi Ulang Firefly” dan wang sebanyak RM300,000 dan USD110,000 (RM355,710,000) telah diluluskan untuk diberi kepada pemenang yang menerima e-mel tersebut.

Dalam kedua-dua “peraduan” ini juga alamat perniagaan AirAsia dan FireFly “beroperasi” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pengguna Internet dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan e-mel yang dianggap sebagai “indah khabar dari rupa”.

“Ini merupakan perlakuan jenayah penipuan atas talian atau dikenali sebagai ‘phishing’ dimana mereka (mangsa) akan diminta menyerahkan butiran peribadi itu ketika menjalankan urusan perbankan di bank dan untuk kes seumpama ini kita lagi masih menyiasat penglibatan-penglibatan sindiket ini,” katanya.

Menurutnya, ada antara sindiket ini beroperasi di luar negara menggunakkan taktik yang sama.

Sementara itu, Air Asia dalam kenyataan bertulisnya kepada Astro AWANI menyatakan bahawa organisasi mereka tidak ada dan tidak pernah menganjurkan apa-apa jua program atau permainan berbentuk loteri dan orang awam yang ada menerima e-mel tersebut diminta tidak sesekali mempercayainya kerana ianya merupakan satu penipuan.

Jurucakap Air Asia menyatakan mereka kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah tersebut kerana perbuatan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini jelas menjejaskan reputasi mereka.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/peraduan-2013-airasia-high-5-bonus-khas-adalah-satu-penipuan-22443?cp

1 comments:

Post a Comment

#LoL - Teknik Mengambil Gambar Sorang Diri

Adakah anda forever alone? Anda mahu awek tapi awek tak nak dengan kamu? Ingin ambil gambar awek memanjakan kamu? Don't worry kini ada teknik yang membenarkan fantasi ini menjadi benar!




Hahaha..

Laporan asal Izismile
Sumber BlogSerius

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Kandungan Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri)

Siti Hajar
Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.
Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?
Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?
Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,
najib razakKadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?
Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.
Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.
Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.
siti hajar aladin

Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.
Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

0 comments:

Post a Comment

#Ilmu - Yang Dikatakan Hati Umpama Gelas

Salah satu mutiara kata yang terngiang-ngiang di telinga Tedi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tokoh agama yang hebat. Namun hanya kerana politik, ramai yang memperlekehkan keilmuan beliau.

Tedi lebih kenali Nik Aziz sebagai tokoh agama. Bacaan Tedi berkaitannya pun fokus kepada agama. Ternyata beliau punyai ilmu yang mendalam. Tedi pernah mengikuti tulisan beliau mengenai kisah para Nabi yang ternyata begitu mendalam.


Salah satu mutiara kata beliau yang Tedi selalu terfikirkan ialah, "Hati itu umpama gelas".

Ayat itu sungguh ringkas, sekali baca memang tiada apa yang boleh difahami. Adakah maksud beliau hati itu rapuh seperti gelas? Atau hati jernis seperti gelas? Atau hati itu kosong seperti gelas dan perlu diisi?

Ternyata semua telahan Tedi itu tidak mengena.

Nik Aziz menyatakan, "Hati itu seperti gelas. Apa yang tumpah daripadanya adalah apa yang kita isi." Sungguh benar kata-kata itu. Kalau dalam hati diisi dengan keikhlasan, maka yang tumpah (terlihat) daripada peribadi manusia ialah sikap yang ikhlas. Mungkin dia akan menjadi seorang yang tak banyak merungut dan tak pernah menunjuk-nunjuk akan apa yang dilakukann.

Ini boleh menjadi hujah kepada mereka yang selalu memberi hujah, "perangai buruk tapi hati baik" dan selalu menunjuk kepada mereka yang "perangai baik tapi hati buruk"sebagai alasan untuk mereka terus berperangai buruk.

Daripada kata, "Hati itu umpama gelas", Tedi simpulkan bahawa apabila hati baik, maka perangai akan juga baik. Kalau seseorang itu nampak baik namun ada perbuatannya yang buruk, maka itu juga tanda hatinya tetap buruk. Apatah lagi mereka yang mengaku hati baik tatkala berperangai buruk.

Manusia jangan jadikan ini sebagai hujah untuk menghukum orang lain, namun jadikan ia teladan sebagai dorongan untuk kita perbaiki hati dan akhlak kita.

Jika air sirap diisi dalam gelas, air siraplah yang akan melimpah.

Betapa hebat seorang guru, dengan kata-kata yang ringkas, ada banyak yang boleh manusia terjemahkan.

Sumber Interpretzz

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Fungsi Stereng

Gambar sekadar hiasan

Artikel ini telah ditulis oleh Syammim Arifin

Sistem steering berfungsi untuk mengubah arah pergerakan kenderaan. Ia penting kerana komunikasi antara kenderaan dan pemandu banyak bergantung kepada steering.

Untuk peminat automotif/pemandu tegar, kata-kata seperti “kereta ikut cakap”, “corner tak masuk”, “liar”, “sedap dipandu” dan seumpamanya bertitik tolak dari prestasi sistem steering dalam sesebuah kereta. Orang-orang lama bidang automotif faham bahawa tiada gunanya jentera beratus kuasa kuda tanpa sistem steering yang baik.

Tugas jurutera R&H serta pereka bentuk sistem chassis adalah untuk menterjemah kenyataan-kenyataan deskriptif seperti tadi kepada parameter yang boleh diukur, yang kemudiannya boleh direka bentuk, dibangunkan dan diuji. Untuk sistem steering tradisional, ia ditakrif sebagai sistem yang merangkumi komponen dari roda-ke-roda; dari roda jalan, hingga ke roda steering di dalam kokpit pemandu.

Dalam sistem steering tradisional, komponen utama biasanya terdiri dari:
- Roda steering
- Shaf steering – batang silinder yang menyambungkan roda steering dengan steering gear
- Steering gear (atau steering rack) – menukar putaran roda steering kepada gerakan translasi yang mengubah sudut roda jalan
- Sistem bantuan – boleh jadi dari jenis pam hidraulik atau sistem motor EPS. Dalam steering manual, tiada sistem bantuan yang digunakan.

Umum, kriteria prestasi steering dalam R&H dibahagi kepada tiga bahagian utama (yang juga adalah sub-area subjektif untuk steering).

1. Effort (bagaimana steering memberat bila roda steering diputar, atau halaju membelok bertambah)
2. Respon (bagaimana respon kereta itu sendiri bila roda steering diputar)
3. Lineariti atau keprogresifan pertambahan effort dan respon

Effort, adalah ciri yang dirasakan tangan pemandu sebagai rasa “berat” atau “ringan” pada roda steering. Ia berkait rapat dengan nisbah sudut roda steering dan roda jalan (yang dipanggil steering ratio – nisbah tuas mekanikal) dan juga kadar daya yang datang dari sistem bantuan steering (dijana oleh sistem hidraulik atau yang semakin popular kini, sistem motor elektrik (EPS)).

Effort juga tidak terlepas dari pengaruh daya dan momen yang dijana oleh tayar dan permukaan jalan, yang terus berhubung dengan roda steering menerusi steering gear.

Dari segi subjektif, effort steering yang “berat” lebih digemari – kerana ia dikaitkan dengan rasa tepat/jitu dan mempunyai “feedback”. Namun rasa berat ini haruslah dibina secara progresif. Ia harus berhubung dengan faktor berikut:
- Sudut putaran roda steering
- Kelajuan kenderaan
- Ketajaman selekoh

Juga tidak kurang penting ialah kadar effort sewaktu mengemudi di halaju rendah seperti di dalam kawasan parking. Effort yang tinggi mungkin akan menyukarkan pemandu. Disinilah sistem EPS mempunyai kelebihan kerana bantuan motor biasanya lebih fleksibel dari pam hidraulik.

Berbeza dengan effort, respon pula merujuk kepada tindakbalas kereta apabila roda steering diputar. Ia tidak seharusnya dikelirukan dengan feedback pada roda steering.

Banyak yang menganggap respon dalam selekoh (off-centre) sahaja yang penting, tetapi hakikatnya respon sudut kecil atau on-centre tidak kurang penting kerana lebih 90% dari masa pemanduan tipikal hanya melibatkan pergerakan steering pada sudut kecil ini. Ini termasuk memandu di lebuhraya, pergerakan memotong kenderaan atau menukar lorong, atau selekoh panjang berhalaju tinggi yang melibatkan pergerakan steering yang sedikit. Respon on-centre biasanya secara sedar atau tidak akan memberikan gambaran awal kepada pemandu akan karekter steering kenderaan. Jikalau respon kereta berlaku secara mengejut, tentu sekali keyakinan pemandu akan berkurangan. Dari satu segi pula, jika respon terlalu rendah (steering “kosong” bila diputar secara sedikit), pemandu akan susah untuk mengagak respon kereta ketika mahu membelok.

Respon off-centre merujuk kepada tindakbalas dalam selekoh, biasanya dikaitkan dengan pergerakan membelok yang signifikan.

Respon off-centre menunjukkan keupayaan kereta membelok dan berkait dengan keseimbangan understeer pada kenderaan serta bagaimana axle atau gandar hadapan dan belakang “berkomunikasi” sebaik sahaja bahagian off-centre ditempuh. Ada kereta yang terasa “malas” untuk membelok (perlu sudut roda steering yang besar, dan terasa kereta terasa menolak keluar dari selekoh), dan ada yang terasa lincah (terasa kereta bersaiz lebih kecil dari yang sebenar). Ada juga yang terasa “gayat”, contohnya apabila bahagian belakang terasa membuang sebaik sahaja roda steering diputar. Topik ini akan disentuh di dalam siri seterusnya.

Lineariti memastikan pertambahan berat steering dan kadar tindakbalas berlaku secara seprogresif mungkin. Ini kerana fisiologi manusia yang mudah mengadaptasi dengan sistem mekanikal yang linear. Ciri yang linear atau progresif memudahkan pemandu mengagak jumlah respon steering yang akan dijana dengan pertambahan kelajuan, sudut roda stering yang membesar atau selekoh yang makin menajam.

Aspek-aspek lain diluar dari effort, respon dan lineariti pula adalah seperti kualiti NVH, getaran pada roda steering ketika melalui jalan berlopak, prestasi ergonomik, keselamatan dan sebagainya. Kesemua ini bergabung dengan aspek-aspek penting R&H untuk memberikan prestasi umum sesebuah sistem steering.

Dari segi teknologi pula, terdapat pelbagai sistem steering yang semakin canggih sesuai dengan kemajuan bidang elektronik. Sistem 4-wheel steering sebagai contoh banyak digunakan untuk memberikan efek kereta kecil sewaktu memarkir, dan efek kereta panjang (lebih stabil) sewaktu memandu di halaju tinggi. Ada juga yang menggunakan sistem by-wire yang menghubung roda steering ke roda jalan hanya menerusi jaringan wayar dan sistem elektronik. Sistem eksperimental yang menggunakan force-feedback atau tuil joystick sebagai ganti roda steering juga telah dibangunkan. Tidak kurang juga sistem steering yang diintegrasi dengan sistem radar untuk sistem self-parking, dan dengan sistem kawalan kestabilan untuk autonomous-driving, lane-correction dan seumpamanya.

Apa pun, kualiti subjektif yang dibincangkan tadi masih menjadi penanda aras utama sistem steering. Buktinya, jarang sekali contohnya artikel-artikel permotoran memberikan komen steering dalam nada objektif seperti yang digunakan untuk prestasi enjin atau rating pelanggaran. Seperti bidang subjektif yang lain-lain (masakan, nyanyian, keselesaan, dsb.) tiada satu set karekter subjektif steering yang wajib dituruti seratus peratus untuk diklasifikasikan sebagai yang baik. Ia banyak bergantung kepada apa yang dirasakan sesuai berdasarkan pengalaman, kehendak pasaran, model-model saingan, maklumbalas dari pengguna dan seumpamanya. Dan tentu sekali tidak semua aspek steering yang ditala akan dapat memuaskan kesemua “target market” yang disasarkan.

Selagi kereta masih dipandu oleh manusia (sekarang telah banyak pihak membangunkan sistem kawalan bolehpandu sendiri – autonomous driving – atas nama keselamatan), sistem steering akan terus kekal sebagai komponen terpenting yang menterjemah dan melambangkan kebebasan manusia untuk mengemudi kenderaan kearah yang dituju.

Sumber Funtasticko

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Cara Menjaga Bateri Laptop/Netbook

Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.


Kadang-kadang bateri laptop/netbook kita cepat habis padahal masih baru menggunakannya. Apakah punca bateri menjadi lemah dan mudah habis walaupun sudah di cas? Pernahkah kita ambil berat akan panduan menjaga bateri? Jika tidak, anda perlu tahu bagaimana menjaga bateri agar ia tahan lebih lama.

Disini merupakan tips ringkas penjagaan bateri justeru memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya:

1) Bateri anda Masih Berada dalam Keadaan baru – Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.

2) Setelah itu, tanpa perlu‘ON’ laptop, caj bateri selama 8 jam. Jika penanda di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga 8 jam.

3) Selepas 8 jam caj laptop, cabut charger/adapter dari laptop anada. Dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis kerana ia akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.

4) Nextime, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator/penanda menunjukkan bateri sudah penuh. ^_^



Tabiat yang perlu dielakkan:

1) Anda perlu Elak dari selalu mengecas laptop/netbook anda. hal ini kerana Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas.anda boleh mencabut charger, dan gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan.

Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada.Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik
5 minit (ini dikira satu pusingan)

2) Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas semula. Ia akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri.

3) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.
Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan kembung dan tidak berkemampuanmenyimpan banyak kuasa lagi. Apabila laptop/nnetbook anda tidak menyimpan kuasa langsung,kemungkinan bateri tidak boleh dicas semula pada masa akan datang.

4) Elak kepanasan- Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.
Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

5) Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan mengakibatkankepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Anda boleh cabut charger bila ‘indicator’ di laptop/netbook anda apbila bateri penuh.

SUMBER : farid108.blogspot.com
Sumber : Taotauajer

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Rupa Kenderaan Yang Dipandu Dari Belakang

Satu kenderaan yang sangat pelik dan aneh di jumpai di Arab. Kalau korang tengok kenderaan di bawah ini sememang nyer pelik apabila tengok di depan kereta dan tempat duduk penumpang kereta itu. Dan cuba teka siapakah pemandu yang sebenar.







Sumber Taotauajer

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Cara Menara Telefon Cell Disembunyikan

Ada segelintir pihak menganggap menara telefon cell yang dibina adakalanya seperti mencacatkan pemandangan . Namun terdapat satu inisiatif di mana mereka mencipta replika pokok untuk menyembunyikan menara tersebut.

Jika anda perasan, menara telefon Cell ini banyak didapati hampir semua tempat tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Namun ia berbeza mengikut sesebuah negara. Di bawah ini merupakan salah satu cara mereka menyembunyikan menara telefon Cell. Selain menyembunyikan menara tersebut, secara tidak langsung mereka dapat mencipta satu kelainan yang unik. Jom lihat gambar di bawah ini.











Sumber: conteng2kreatif.blogspot.com
Kredit to Amekaw

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Rupa Menara Menyimpan Kereta di Kilang Volkswagen

Autostadt atapun Auto City dalam bahasa Inggeris ialah sebuah visitor center yang terletak bersebelahan kilang pembuatan kereta Volkswagen di Wolfsburg Jerman. Disini anda boleh melawat muzium dan kilang Volkswagen. Disini terdapat dua menara kaca yang menyimpan kereta-kereta VW yang baru siap dipasang sebelum dihantar ke pusat penjualan kereta. Dua menara kaca ini setinggi 200 kaki (60 meter) dilengkapi sistem lif gergasi. 

Menara ini disambung kepada kilang utama melalui terowong bawah tanah sepanjang 700 meter.Kereta yang disimpan disini akan terlindung dari the elements sementara menunggu. One of the fun thing yang anda boleh lakukan di Eropah ialah mengambil sendiri kereta anda dari Autostadt. Anda akan diberikan pas lawatan percuma ke Autostadt dan kemudian melihat sendiri kilang VW. Kemudian anda akan masuk kedalam menara kaca penyimpanan kereta ini dan melihat sendiri kereta yang ada telah beli.

So you must be wondering kenapa bini sistem terowong bawah tanah dan menara kaca dengan lif automatik ini? Kerana VW percaya jika anda beli kereta baru ODOMETER kereta anda sepatutnya menunjukkan angka sifar! Kalau kereta yang adan beli sudah ada mileage anda technically tidak membeli sebuah "kereta baru". Seems legit! Bila nak ada Protonstadt?



Laporan asal ThatsLikeWoah
Sumber BlogSerius

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Rupa Tempat Meletak Kereta Berbentuk Pringle

Autostadt ialah pusat pelawat yang terletak di dalam kilang pembinaan kereta Volkswagen yang terletak di Wolfsburg Jerman. Kami pernah paparkan menara menyimpan kereta bertingkat di Autostadt sebelum ini.Menara bertingkat ini menyimpan kenderaan yang sudag dipesan oleh pemilik. Pembeli kemudian boleh datang sendiri ke Autostadt untuk membawa pulang kereta baru mereka.

Ausfahrt pula ialah tempat letak kereta baru yang dibina bagi memudahkan pemilik kereta menyesuaikan diri dengan kereta yang baru mereka pilih. Di dalam fasiliti seluas15 000 meter persegi ini terdapat litar kecil dan pusat layanan pelanggan. Pelanggar baru akan dapat membawa kereta baru mereka di dalam litar tertutup yang selamat.

Selain itu terdapat juga tempat letak kereta merangkap pusat layanan pelawat yang berbentuk seperti keropok ubi Pringle. Didalam struktur unik ini terdapat kafe kecil, bilik melawat. pusat jualan cenderamata dan tandas. Bagus Volkswagen ini. Pelawat beli kereta baru mereka layan dengan baik dan sediakan kawasan khas untuk mereka memandu kereta baru dengan selamat sebelum bawa diatas jalanraya. Genius. 




Laporan asal Dezeen
Sumber BlogSerius

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Petua Berkesan Agar 'Tahan Lama'

Maaf ini bukan cerita 18sx....sekadar humor....

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
… Gunakan sebelah pada 31 Disember 2013. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2014. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

PAKAIAN
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.


KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

Sumber RossaCalla

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Cara Membuat Permohonan Online Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB)

Pendaftaran atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar melalui Pakej Komunikasi Belia (PKB) boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1hb Januari 2013.

Syarat Kelayakan Rebat RM200
  1. Warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga umur 30 tahun
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah
  3. Model telefon pintar yang dipilih tiada had harga
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
  5. Hanya satu telefon pintar untuk setiap seorang
  6. Pelajar IPTA dan IPTS juga boleh memohon
Cara Permohonan Rebat RM200

1. Sila layari borang Online di laman web:

Untuk Pelajar atau Untuk Pekerja

2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika sedang belajar) dan klik pada borang untuk pekerja (jika sedang bekerja).

3. Sila isi butiran penuh dan kemudian hantar pendaftaran anda.

4. Salinan permohanan akan dihantar kepada anda melalui emel dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.

Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Cara Penebusan Slip Baucar Rebate RM200

Anda boleh membeli smartphone anda menggunakan baucar tersebut di syarikat pengedar telekomukasi yang sah. Untuk melihat senarai wakil penjual yang sah tersebut, sila layari Laman Web Rasmi PKB Berkaitan Pemberi Perkhidmatan Di SINI

Tempoh penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) pula telah di lanjutkan dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula 6hb Februari 2013

Sumber RossaCalla

0 comments:

Post a Comment

#Info - Macam Mana Cara Buat Semakan Saman PDRM Dan JPJ Secara Online Atau SMS


Semakan Saman (Check Traffic Summon Online JPJ, PDRM And AES)

Zaman teknologi yang canggih sekarang memudahkan kita untuk membuat pertanyaan ataupun perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan seharian kita secara online. Tidak terkecuali, sekarang anda boleh check saman secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui beberapa cara samada di laman web atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Antara cara-cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia adalah seperti berikut :

1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :

Cara #1 :

Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya ke 32728

Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728

Cara #2 :

Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888

Cara #3:

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

2. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM

a) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini

b) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini

3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi 

Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip JPJ your IC Number and send to 37773

Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773



5. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :

Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad

Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda

Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.

Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)

Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…

Kemudian anda boleh hantar

Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)

Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

5. Untuk Pengguna Smartphone Android

Boleh download applikasi semakan saman di SINI

6. Melalui rilek.com

Boleh check saman free at RILEK website. RILEK stands for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan

Nasihat : Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda kenalah buat langkah-langkah membayar saman seperti di atas

Sumber Artikel RossaCalla

0 comments:

Post a Comment

#Berita - Macam Mana Keadaan Konvoi Rempuh Pacuan Empat Roda Dekat Cherating


KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.


Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.


Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal - ABN News

Sumber Laporan RossaCalla

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Tips Memilih Rim dan Tayar Yang Baik!


Gambar sekadar hiasan
Artikel ini telah ditulis oleh Syammim Arifin
Kereta mendapat sifatnya kerana ia beroperasi dengan menggunakan roda, yang terdiri dari tayar dan rim. Segala sistem tercanggih yang ada – enjin turbo, transmisi dwiklac, spring & damper ‘adjustable’ – tak berguna sedikit pun kalau tayar dan rim yang digunakan bukan dari jenis berkualiti. Motivasi untuk memilih tayar dan rim ada banyak. Ramai memilih faktor estetik – biasanya tayar low profile dengan rim yang lebih besar yang lebih bergaya. Tapi jangan lupa juga faktor prestasi, keselamatan, keselesaan dan juga kos yang tidak kurang pentingnya.
Berikut adalah beberapa tips memilih rim dan tayar yang baik :
1. Pastikan saiz tayar dan rim yang betul
Saiz tayar mestilah sesuai dengan spesifikasi kereta- biasanya kereta direka untuk saiz rim dan tayar yang besar sedikit dari yang standard.  Periksa manual kenderaan. Kalau saiz rim dan tayar terlalu besar, ada kemungkinan tersentuh semasa kereta membuai sewaktu melepasi ‘bump’ yang besar, atau ketika membawa penumpang dan barangan penuh. Biasanya jika saiz standard ialah 15 inci, dua saiz lebih besar (16 & 17 inci) boleh digunakan.
Saiz tayar pula mesti sesuai dengan saiz rim, bukan sahaja dari segi diameter dalaman, tapi juga lebar tayar.  Rujuk standard pembuat tayar atau standard persatuan tayar seperti ETRTO (Eropah) atau JATMA (Jepun).  Jika lebar tayar terlalu besar atau kecil untuk saiz lebar rim, risiko tayar mudah rosak akan lebih besar.
Size rim bukanlah terhad pada diameter semata-mata. Ambil kira juga offset rim (berapa jauh kedudukan permukaan hab pada rim dari garis tengah tayar), yang biasanya ditentukan oleh pengilang kereta.  Sebagai contoh, jika desain standard untuk rim sesebuah model kenderaan ialah 42mm, adalah baik jika offset ini dikekalkan sewaktu menggantikan rim baru. Offset ini berkait rapat dengan paksi steering, ketahanan bearing pada hab, sistem brek dan sebagainya, dan oleh yang demikian mempunyai banyak hubungkait dengan pelbagai aspek prestasi kereta dan tidak sepatutnya dipandang remeh.
Kombinasi rim dan tayar juga menentukan jumlah berat roda yang tidak kurang penting kepada prestasi pecutan dan penggunaan bahanapi, dan juga ride comfort. Jadi janganlah pakai rim yang besar-besar yang murah kemudian merungut kereta lembab memecut dan kuat makan minyak.
Ada juga kereta model mewah yang memakai tayar ‘runflat’ atau ‘extended mobility’ yang memungkinkan kereta dipandu walau tayar hilang tekanan. Tayar sebegini amat mahal, namun kebaikannya adalah model kereta yang menggunakan tayar ini tidak dilengkapi dengan tayar simpanan, jadi beban berat berkurangan dan ruang but lebih besar.
2. Pastikan prestasi tayar sesuai dengan jenis pemanduan
Tayar seperti komponen kereta yang lain terdiri dari julat prestasi yang pelbagai – dari tayar V-rated untuk halaju tinggi dan grip maksimum, ke tayar yang bunganya tahan lama (tapi keras, bising dan gripnya kurang).  Ada juga tayar yang fokus kepada prestasi jalan basah, dan ada yang direka untuk menjimatkan penggunaan minyak (rolling resistance yang rendah). Apa pun buat kajian dan pastikan ia sesuai dengan kegunaan anda.  Jangan terlalu fokus kepada satu-satu aspek sahaja, kerana kebiasaannya pasti ada aspek lain yang akan terkompromi.
Antara faktor-faktor prestasi yang perlu diambil kira :
Cengkaman maksimum – tayar untuk kegunaan track-day mempunyai cengkaman yang baik tapi mungkin hanya tahan 20-30 ribu km sahaja.  Biasanya tayar jenis ini juga mempunyai rating halaju yang tinggi (Z atau V-rated), permukaan bunga yang hampir penuh (kurang groove atau longkang utk pengaliran air- jadi baik memaksimakan cengkaman kering), dan compound getah yang lembut
Prestasi jalan basah – Tayar yang mempunyai bunga yang membantu merembes air secara efisyen lebih stabil dalam keadaan jalan basah dengan mengurangkan kemungkinan ‘aquaplaning’ – keadaan di mana tayar ‘terapung’ kerana lapisan air terperangkap di bawah tapak tayar sewaktu halaju tinggi dalam keadaan basah.  Prestasi basah juga baik bagi jenis tayar yang mempunyai adunan kompaun silika pada bunga tayar.
Tahap NVH tayar – ada jenis tayar lebih bising kerana jenis kompoun dan bentuk bunga tayar yang mungkin mempunyai resonan bunyi pada halaju tertentu.  Ia juga berkait rapat dengan ride comfort – tayar yang bising biasanya kurang selesa dipandu pada permukaan tidak rata. Pastikan tayar yang dipilih sesuai dengan tahap NVH yang dikehendaki.
Jangka hayat tayar yang panjang – hati-hati dengan janji jangkahayat tayar yang panjang kerana kemungkinan tayar seperti ini menggunakan kompaun bunga yang keras dan tinggi yang mungkin mengurangkan prestasi cengkaman dan maklumbalas kepada roda steering.
Mungkin kurang relevan untuk Malaysia – Tayar musim sejuk – tayar ‘winter’ mempunyai kompaun dan bentuk bunga yang khas untuk mencengkam di atas ais dan salji pada suhu yang rendah.  Ada juga yang mempunyai stud atau paku. Kadangkala terdapat tayar terpakai dari jenis ini yang entah bagaimana dapat menyelinap masuk ke dalam negara kerana tayar sebegini tidak sesuai untuk digunakan pada permukaan kering dan suhu tinggi.
tire-image1
Gambar sekadar hiasan
3. Pastikan tayar dan rim bermutu tinggi
Sikap berjimat sikap yang bagus, tapi untuk tayar dan rim biasanya sikap terlalu berjimat boleh mengundang bahaya. Sekali lagi, tayar dan rim adalah komponen tunggal yang menampung segala daya membelok, membrek dan memecut sesebuah kenderaan. Keluarkanlah belanja sedikit untuk membeli tayar dan rim yang berjenama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran yang semakin dipenuhi jenama-jenama murah yang produknya diragukan dari segi kualiti.  Juga elakkan membeli tayar dan rim yangterpakai.  Tayar terpakai kadangkala dilorek semula bunganya yang penjualannya salah dari sisi undang-undang. Manakala rim terpakai kadangkala sudah pernah terbengkok, dan tak kurang juga yang mempunyai lubang hab yang ditebuk lebih untuk PCD (Pitch Circle Diameter) berbeza-beza. Ini adalah amat berbahaya kerana ia boleh melemahkan struktur penting rim tersebut.
Setelah set tayar dan rim yang baik dan sesuai dengan kegunaan telah dipilih, seterusnya pastikan proses pemasangan dilakukan secara baik juga. Pastikan tayar dipasang selaras dengan kedudukan rim (perhatikan titik-titik merah dan kuning pada tayar – pastikan pemasangan diselaraskan dengan titik putih pada rim) untuk mengurangkan getaran sewaktu roda berputar.  Tayar dan rim seharusnya di set pada tekanan angin sejuk yang betul (pastikan jika ada beza pada tayar depan dan belakang), dan kemudian barulah dipasang ke mesin pengimbang untuk diimbangkan dengan pemberat logam. Pastikan pemberat logam yang betul digunakan pada bibir rim dan bahagian dalam rim dan ia dilekatkan secara sempurna supaya tidak tertanggal.
Sesetengah mesin pengimbang yang canggih boleh menentukan kedudukan roda yang sesuai pada kereta (hadapan/belakang dan kiri/kanan) sesuai dengan kadar daya sisi (lateral force) yang boleh meminimakan kereta ‘pulling’ ke arah kiri atau kanan. Menerusi tayar dan rim, ada empat tempat kereta anda bersentuh dengan jalanraya, setiap satunya sebesar tapak tangan. Kombinasi tayar dan rim dan kepentingannya terhadap prestasi dan keselamatan kereta tidak boleh dipandang mudah.
Syammim Arifin kini berkhidmat dengan sebuah firma automotif, Benteler Engineering Services, anak syarikat Benteler Automotive di China. Sebelum itu beliau telah berkhidmat dengan Proton dan antara jurutera yang telah terlibat untuk penalaan sistem suspensi Proton Prevé.
Diharapkan artikel dan perkongsian ilmu dari Syammim Arifin dapat memberi panduan kepada kita untuk memilih tayar dan rim yang sesuai, lebih-lebih lagi dekat Raya ni pastinya ramai yang ingin beli kasut baru untuk kereta kesayangan mereka.
Sumber Artikel Funtasticko

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Rupa Teksi Tanpa Pemandu di Singapura - NAVIA

Di Nanyang Technological University, sebuah sistem pengangkutan awam tanpa pemadu sedang diuji. Sistem yang diberi nama Navia ini ialah kenderaan elektrik tanpa pemandu yang bergerak diantara NTU dan Clean Tech Park yang terletak 2 kilometer dari kampus. Setiap Navia mampu membawa 8 orang penumpang dan bergerak pada kelajuan 20 kilometer sejam. Ia menggunakan sistem LIDAR (light detection and ranging) untuk memandu dengan selamat ke destinasi pilihan. Navia direka oleh firma Induct yang berpengkalan di Perancis. Sistem ini diuji di Singapura sebagai program melihat sama ada teknologi pengangkutan awam tanpa pemandu boleh digunapakai di Singapura di masa hadapan. Pertukaran teknologi diantara Singapura dan Perancis ini adalah sangat menarik. Mungkin tak lama lagi kita boleh melihat tekso dan bas tanpa pemandu di Singapura. Tidak akan berlaku lagi masalah pemandu bas berSMS ketika memandu.






Sumber BlogSerius
Laporan asal Inhabitat

0 comments:

Post a Comment

Macam Mana Rupa Taman Tergantung di Tengah-Tengah New York

Landasan Lama Menjadi Taman

Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada.

Sekitar 1950an penggunaan kereta sebagai pembawa kargo diambil alih oleh lori. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan ditumbuhi rumpai. Selama berdekad lamanya High Line terbiara dan ada beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999 terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.

Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman sepanjang 2.3 kilometer apabila siap kelak. Sangat cool! Struktur lama digunakan semula! Taman tergantung Babylon edisi Big Apple!








Sumber BlogSerius
Laporan asal ArchDaily

0 comments:

Post a Comment