#Ilmu - Yang Dikatakan Hati Umpama Gelas
Salah satu mutiara kata yang terngiang-ngiang di telinga Tedi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tokoh agama yang hebat. Namun hanya kerana politik, ramai yang memperlekehkan keilmuan beliau.
Tedi lebih kenali Nik Aziz sebagai tokoh agama. Bacaan Tedi berkaitannya pun fokus kepada agama. Ternyata beliau punyai ilmu yang mendalam. Tedi pernah mengikuti tulisan beliau mengenai kisah para Nabi yang ternyata begitu mendalam.
Salah satu mutiara kata beliau yang Tedi selalu terfikirkan ialah, "Hati itu umpama gelas".
Ayat itu sungguh ringkas, sekali baca memang tiada apa yang boleh difahami. Adakah maksud beliau hati itu rapuh seperti gelas? Atau hati jernis seperti gelas? Atau hati itu kosong seperti gelas dan perlu diisi?
Ternyata semua telahan Tedi itu tidak mengena.
Nik Aziz menyatakan, "Hati itu seperti gelas. Apa yang tumpah daripadanya adalah apa yang kita isi." Sungguh benar kata-kata itu. Kalau dalam hati diisi dengan keikhlasan, maka yang tumpah (terlihat) daripada peribadi manusia ialah sikap yang ikhlas. Mungkin dia akan menjadi seorang yang tak banyak merungut dan tak pernah menunjuk-nunjuk akan apa yang dilakukann.
Ini boleh menjadi hujah kepada mereka yang selalu memberi hujah, "perangai buruk tapi hati baik" dan selalu menunjuk kepada mereka yang "perangai baik tapi hati buruk"sebagai alasan untuk mereka terus berperangai buruk.
Daripada kata, "Hati itu umpama gelas", Tedi simpulkan bahawa apabila hati baik, maka perangai akan juga baik. Kalau seseorang itu nampak baik namun ada perbuatannya yang buruk, maka itu juga tanda hatinya tetap buruk. Apatah lagi mereka yang mengaku hati baik tatkala berperangai buruk.
Manusia jangan jadikan ini sebagai hujah untuk menghukum orang lain, namun jadikan ia teladan sebagai dorongan untuk kita perbaiki hati dan akhlak kita.
Jika air sirap diisi dalam gelas, air siraplah yang akan melimpah.
Betapa hebat seorang guru, dengan kata-kata yang ringkas, ada banyak yang boleh manusia terjemahkan.

Sumber Interpretzz
0 comments:
Post a Comment