0
comments
6:08 PM
0
comments
10:08 PM
#Video - Fahrin Ahmad - Siapa Ingin Membawa
Siapa ingin membawa
Aku terbang ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta
Siapa ingin membawa
Aku layar bersama
Ke laut dalam
Ke dasar mu sayang
Masihkah ada jalan bahagia
Simpati belas..
Fahrin Ahmad - Siapa Ingin Membawa
OST: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (TV3)
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya
Hakcipta: Arteffects International
Visit:
http://www.liriklagumuzika.com
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-siapa-ingin-membawa-fahrin.html#ixzz2j5DEz5ly
0
comments
9:46 PM
0
comments
7:38 PM
#Lirik - Aidil Jalan Cintaku
Jalan Cintaku
Artis: Aidil
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Alhamdulillahilladzi 'afani
Mimmabtalaka bihi wafaddolanii
'Ala katsirin mimman kholaqtafdila
Biar jatuh kubangkit semula
Biar lemas kurenangi jua
Biar payah ku terus harungi
Biar tewas ku makin berani
La ilaha illa anta
Subhanaka inni kuntumminazzolimin
Inilah jalan cintaku
Di laluan yang berliku
Tidak mudah
Kaki ini melangkah
Inilah jalan cintaku
Biarpun berjuta batu
Tidak lemah
Terus aku melangkah
1 comments
1:24 AM
#Video - Al-Haq.. Yang Satu (Mawi feat. Dato' AC Mizal)
Ya Allah..
Berikanlah daku petunjuk
Agar bisa ku
Meneruskan hidupku
Agar bisa ku
Berjalan di jalan yang lurus
Andainya ku bisa putarkan saat waktu
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu
Andainya ku pernah melukakan hatimu
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu
Segala-gala suka dan duka
Tak pernah pun dapat ku lupa
Daku manusia biasa
Yang pergi bawa dosa pahala
Hidup di dunia cuma sementara
Janganlah leka
Jangan terpedaya
Antara kaca dan juga permata
//korus
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah Yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu
Ya Allah..Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah..Ya Allah...
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti
//korus
Andainya ku bisa hidup seribu tahun lama lagi
Ku kotakan kata-kata yang telah ku janji
Andainya ditakdirkan esok daku pergi
Susun sepuluh jari memohon diampuni
Janganlah bersedih berduka
Berjumpa di sana semula
Kembali kepada Pencipta
Di padang yang luas terbuka
Dihitung syurga dan neraka
Mengapa kau bersedih berduka di jiwa gelora di dalam dilema menanggung derita
Allahu Ya Hafizu nafsi waruhi Bismillahi Jibril
Fi yamini Bismillahi Mikail
Fi shimali Bismillahi Israfil
Fi amami Bismillahi Izrail
Allahu Akbar!! Allah Yang Maha Besar!!
Mari memuji memuja
Maha kaya berkuasa
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Ku rindu pada Mu
Setiap hembusan nafasku
Ku seru nama Mu
Sebagai hamba Mu yang lemah dan hina
Terangkanlah jalanku yang penuh berliku
Ku berdoa pada Mu dekatkan diriku dengan Mu tenangkan jiwaku ke jalan Yang Satu
0
comments
3:00 AM
#Rupa Honda Odyssey Baharu
Apa pendapat anda? Sekali imbas saya nampak seolah-olah model ini merupakan Honda Fit generasi baharu dalam bentuk MPV dengan saiz yang lebih besar>
Lagi Gambar
Source Funtasticko
0
comments
11:24 PM
#Rupa - Grand Livina Baharu
Berita baik pada peminat model MPV! Nissan GRAND LIVINA facelift kini telah pun tiba dan telah dilancarkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam. Model yang mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada Disember 2007 dan menjadi kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional terlaris di Malaysia. Sejak pelancaran pertamanya pada 2007, kini terdapat lebih 65,000 unit Nissan GRAND LIVINA di atas jalan di Malaysia hingga setakat ini.
Jika dilihat kepada aspek luarannya, Nissan GRAND LIVINA facelift tampil dengan gaya rekaan bahagian hadapan dan belakang yang lebih segar. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim aloi reka bentuk jejari-V, acuan pintu dan cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED bersepadu yang baru.
Kombinasi gril hadapan krom baharu bersama panel horizontal, garis-garis bampar hadapan agresif dan lampu utama yang ekspresif mencipta tanggapan “dinamik yang elegan”. Pada bahagian belakang, lampu baharunya diletakkan secara mendatar, sekali gus menyerlahkan pemantul-pemantul belakang yang membuatkan model ini kelihatan lebih lebar dan sporty.
Sistem Kunci Pintar Nissan (i-Key) membolehkan pemandu dan penumpang masuk tanpa perlu mengguna kunci. Malah butang penghidup enjin juga ditawarkan pada Nissan GRAND LIVINA facelift. Dengan i-Key, pemilik Nissan GRAND LIVINA facelift boleh menikmati kemudahan dan keselamatan yang lebih baik kerana tidak perlu menggunakan kunci kawalan jauh ketika hendak masuk atau keluar daripada MPV bertempat duduk tujuh ini.
Skim warna dua tona untuk ruang dalaman serta fabrik baharu merupakan antara pembaharuan penting pada Nissan GRAND LIVINA facelift. Imej premiumnya diserlahkan lagi menerusi kluster meter visi baharu bersama Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) yang melaporkan maklumat penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak yang masih berbaki. Sebagai tambahan, stereng tiga jejari yang baru kini dilengkapi dengan butang yang membolehkan pengawalan unit audio 2DIN yang besar dan MID. Butang-butang kawalan ini juga diiluminasi agar mudah dioperasi pada waktu malam.
Satu ciri utama yang belum berubah adalah keselesaan GRAND LIVINA yang terbaik dalam kelasnya. Aspek itu dicapai menerusi rekaan tempat duduk dan penggunaan ruang yang bijak. Sebagai contoh, hanya satu langkah sahaja diperlukan untuk melipat tempat duduk belakang tanpa perlu mengalihkan perehat kepala yang kini bersaiz lebih besar.
Nissan GRAND LIVINA facelift dikuasakan oleh unit enjin yang sudah terbukti menjimatkan minyak iaitu HR16DE atau MR18DE. Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya ini adalah kompak dan ringan. Ia dilengkapi teknologi kawalan injap pemasaan yang menawarkan prestasi responsif, lebih lancar dan tahap penjimatan bahan api mendahului kelasnya. Stereng Kuasa Elektrik (EPS) pula memudahkan aspek pengendalian serta mengurangkan penggunaan minyak.
Aspek keselamatan juga telah ditingkatkan menerusi penambahan ciri pra-regangan dan pengehad bebanan tali pinggang keledar untuk pemandu dan penumpang, serta memenuhi piawaian ujian pelanggaran terkini UNECE. Dua beg udara SRS kini menjadi ciri standard, di samping Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist System (BA) dan Anti-Lock Braking System (ABS).
MPV ini hadir dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual, 1.6L Auto, 1.8L Auto. Aksesori pilihan serta versi talaan IMPUL disediakan untuk semua varian tersebut. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Biru (Graphite Blue) yang baharu, Hitam (Diamond Black), Emas (Bronze Gold), Putih (Brilliant White) dan Perak (Tungsten Silver).
Nissan GRAND LIVINA facelift boleh didapati di kesemua pameran Nissan seluruh negara. Harga bermula daripada RM 86,880 (harga atas jalan) dengan jaminan selama 3 tahun ataupun 100,000km (yang mana terdahulu). ETCM mensasarkan untuk menjual 2,500 unit Nissan GRAND LIVINA facelift menjelang akhir tahun 2013. Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan cuma sebanyak RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki sebuah Nissan GRAND LIVINA facelift. Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.
Lagi Gambar
Sumber Funtasticko
0
comments
7:35 PM
#Berita - Presiden Termiskin di Dunia
Admin - Macam mana pula dengan pemimpin di Malaysia?
MENJADI individu ternama apatah lagi menjawat jawatan sebagai pemimpin negara akan menyebabkan segala gelagat dan tindak-tanduk akan sentiasa diperhatikan.
Tujuannya, sama ada untuk dijadikan panduan oleh penyokong atau ancaman terhadap penentangnya.
Tetapi, Presiden Uruguay, Jose Mujica tampil dengan sisi eksentrik lari daripada kebiasaan presiden lain yang sudah biasa hidup mewah.
Mujica dilantik memegang jawatan itu pada 2009 bukan sahaja menjadi sumber inspirasi rakyatnya bahkan masyarakat dunia yang begitu mengaguminya.
Lelaki berumur 77 tahun ini rela memilih untuk hidup sederhana di sebuah rumah ladang milik isterinya, Lucia Topolansky di Montevideo, ibu negara Uruguay walaupun kerajaan menyediakan istana presiden yang selesa untuknya.
KEHIDUPAN Mujica semasa masih muda mempengaruhi perjalanan hidupnya.
Penjara
Malah, dia yang tidak mempunyai zuriat telah mendermakan 90 peratus gajinya untuk golongan miskin dan usahawan kecil.
Rumahnya dikelilingi tanaman jagung dan bunga yang diusahakan sendiri. Hanya terdapat dua orang polis yang menjaga keselamatannya selain seekor anjing peliharaan yang diberi nama Manuela.
Bekalan air diperoleh daripada telaga di belakang rumah manakala pakaian tersidai di ampaian menjadi pemandangan biasa di belakang rumahnya.
Gaji Mujica kira-kira RM40,000 namun hanya RM2,500 yang ditinggalkan untuknya.
PRESIDEN Uruguay ini gemar menanam pokok bunga hiasan.
Selain itu, aset yang diisytiharkan hanyalah sekitar RM675,000 termasuklah rumah dan tanah ladang, traktor dan sebuah kereta buruk, Volkswagen Beetle keluaran 1967.
Kehidupan presiden ke-40 Uruguay ini didasari sejarah perjalanan hidupnya semasa muda.
Beliau menganggotai kumpulan gerila Tupamaros yang dibayangi gerila Cuba pada 1960 selama 10 tahun.
Lelaki yang mengamalkan diet vegetarian ini pernah dipenjarakan selama 16 tahun sebelum dibebaskan pada 1986.
Katanya, hidup di penjara banyak mendewasakan dirinya kerana keadaan fizikal tempat tahanan itu yang buruk selain sering diasingkan dengan banduan lain.
Malah, beliau mendakwa pernah ditembak sebanyak enam kali tetapi mujur umurnya masih panjang.
"Saya digelar sebagai Presiden paling miskin di dunia tetapi saya langsung tidak berasa miskin.
"Orang miskin ialah mereka yang berusaha untuk memenuhi kehendak hidup serba mewah dan akhirnya sentiasa tamak untuk mendapatkan harta," ujar Mujica.
MUJICA rela menetap di rumah ladang milik isterinya berbanding hidup mewah di istana presiden.
Kontroversi
Tutur Mujica, beliau bebas memilih apa sahaja yang dihajatinya.
"Saya senang menjalani hidup sebegini sehingga akhir hayat," katanya sambil duduk di kerusi usang di rumahnya menggunakan kusyen yang diberikan oleh pembantunya, Manuela.
Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Bagaimanapun dia mempunyai sebuah ladang bunga kecil yang diletakkan atas nama isterinya.
Presiden Uruguay ini berbeza berbanding dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM761,124.81).
Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle milik Mujica.
Walaupun sikap kesederhanaannya terserlah, beliau juga tidak sunyi daripada kontroversi.
Beliau menyokong cadangan undang-undang yang membenarkan pengguguran bayi dalam kandungan sehingga berumur lapan bulan namun undang-undang itu belum dilaksanakan.
Anak kepada petani miskin ini juga menyokong perdebatan untuk melaksanakan penggunaan kanabis. Cadangan itu bertujuan mengurangkan kegiatan jenayah dan keuntungan daripada aktiviti pengedaran dadah, selain mendorong penagih dadah berat beralih kepada ganja.
KERETA Volkswagen Beetle keluaran 1967 merupakan satu-satunya aset Mujica.
"Penggunaan ganja bukan isu utama tetapi rangkaian urus niaga dadah berterusan ialah faktor penarik yang perlu diatasi," tegas beliau.
Sungguhpun, pendirian keras itu menyebabkan kepercayaan terhadap Majica menurun namun dia tidak khuatir kerana undang-undang negaranya tidak membenarkan pilihan raya baharu sehingga 2014.
Selain itu, umurnya hampir mencecah 80 tahun menyebabkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden berkenaan.
Namun, beliau layak untuk menerima pencen kerajaan dan sama seperti bekas presiden sebelum ini, waktu persaraan boleh dihabiskan tanpa memikirkan soal kewangan.
Malah, presiden ini boleh terus melakukan aktiviti kesukaannya iaitu menanam pokok bunga hiasan dan berkebun.
Sumber KOSMO
0
comments
7:00 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
- #Lirik - Aidil Jalan Cintaku
- Macam Mana Fungsi Stereng
- #Rupa - Terowong Banjir di Tokyo, G-Cans
- Macam Mana Rupa Bas Persiaran Bertemakan Kapal Angkasa di Jepun
- #Rupa - Grand Livina Baharu
- #MMRupa - Spyshots Model gantian Proton Perdana/Accord Ditemui
- #Rupa - Lombong Garam Bawah Tanah Berusia 5 Ribu Tahun
- Macam Mana Perbandingan dimensi antara Proton Iriz dan model lain dalam segmennya!
- Macam Mana Fesyen Potongan Rambut Yang Paling Pelik Dan Berani
- #MMTips - Menghubungkan Akaun Tabung Haji di ATM Maybank
0 comments:
Post a Comment